Abahsyasya nak komen pasal percutian di Kemensah....
Chalet :
Kalau sesape yang tak biasa tinggal kat kampung, mmg tak best la..
rumah kayu...takde ekon, takde katil,..yang ada tilam dan bantal je...
nak selesa, datang bawak tilam/toto sendiri..bawak la selimut sebab malam memang sejuk!
Tandas :
kene share...tapi kira ok..tak kotor...
Makanan :
kene bawak sendiri..tapi kalau nak buat BBQ...mmg disediakan tempatnya...
sarapan bleh order dengan tauke Chalet (nasik lemak)
restoran paling dekat dalam 2-3 minit perjalanan...
Tempat mandi :
memang best....ada 2 "swimming pool"...air bukit (suam2)....air sungai (sejuk)
paling best mandi malam2 kat swimming pool air bukit tu...memang best sebab panas dan takde orang...
Kemudahan lain :
1)Kedai makanan ringan
2) Surau
Aktiviti lain :
1) Memancing! ikan kat situ kelaparan...asal letak je, umpan mengena!
2) Makan durian..ade 4-5 batang pokok durian kat area situ..tauke tempat tu dah kasi green light..so kitorang rembat dekat 20 bijik...
3) Fish Spa....ade satu area kat air terjun tu..ikan2nya jinak..kalau letak kaki..ikan2 tu macam gigit2 kaki...
4) Karaoke....bleh request dengan tauke...
uncle boje syasya sedang memasang umpan cengkerik...
umpan bleh dibeli kat kolam memancing berbayar tak jauh dari situ..
tak bleh tahan ooo tengok ikan makan umpan...
dah la airnya jernih, bleh nampak ikan serbu umpan tu..
tokmat syasya datang ke sini dah 2 kali dalam masa sebulan!
sebahagian hasil tangkapan....yang lainnya dah digoreng...
nekndak syasya berjaya tangkap sekor ikan sembilang sebesar tangan syasya..
perghh! ikan kecik ni abahsyasya sekali ngapp je....rangup, manis dan fresh!
kelihatan kat belakang tu aktiviti masak-memasak sedang dilakukan....
siap dengan tempat makan, meja kerusi semua lengkap...
aktiviti malam....bakar ayam!
Akhir kata..comfirm! datang lagi....