Tuesday, August 21, 2007

Kempen 50 tahun Kemerdekaan Bersama Tesco. Gedung Membeli belah Pilihan Syasya

Syasya's 2nd Merdeka
Mamasyasya's 28th Merdeka
Abahsyasya's 29th Merdeka

Jeng...jeng........"Syasya was here! Merdeka!!

Makan Luar + Syasya tidur = makan dengan aman..

Abahsyasya : Alamak..lupa keluarkan haiwan-haiwan dari peti ais....
Mamasyasya : La...lambat la masak...
Abahsyasya : Makan luar je la..Jom Doll TomYam!
Mamasyasya : Jom!! (selamat..tak yah masak..)
Syasya : Mamam..mamam...

Menu...makanan best..harga standard....servis macam kilat!

Dari depan : TomYam campur, sambal belacan, nasi goreng biasa, Mamasyasya (pakai baju Arsenal), Syasya (zzzzzzzzz..)

Tiada dalam gambar : Nasi goreng cendawan, teh 'O' ais, sirap laici, Abahsyasya

Saturday, August 18, 2007

Hidangan sepinggan lengkap??

Abahsyasya : Wah!..*hidangan sepinggan lengkap...
Mamasyasya : Ni bukan hidangan sepinggan lengkap tetapi "hidangan sepinggan melantak"...
Syasya : Mamam..mamam...

*Hidangan Sepinggan Lengkap - rujuk buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2



Dari bawah : ikan kembung masak cili api (nenek klang syasya yang masak), ketam masak lemak (pun nenek klang syasya masak), sayur kangkung goreng, ikan bilis goreng dengan cili hijau, ayam goreng berempah dan sotong goreng tepung...perh!

Bergambar di Semenyih Dam

Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah. Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Ponsun, Hulu Langat.
Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai, cuma penduduk orang Asli Temuan sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan oleh air masih ada sehingga sekarang ini.
Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar. Menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.
Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.
Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang.
Pelbagai jenis ikan terdapat di empangan ini. Jabatan Pertanian dan perikanan ada melepaskan beberapa spesis ikan yang sesuai dipelihara di kawasan empangan. Ikan-ikan ini merupakan petunjuk kepada kuali air. Contohnya, sekiranya ikan mati, kemungkinan terdapat pencemaran kepada bekalan air, dan langkah-langkah keselamatan bagi menguji bekalan air perlu diambil. Projek menternak ikan juga dijalan.
Ada peringkat awal, ramai penduduk Semenyih mengambil kesempatan memancing di kawasan empangan kerana jalan raya terletak bersembelahannya. Tetapi sejak tahun 2000, papan tanda larangan memancing telah dipasang.

-Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
agak-agak..ade "monster" tak kat dalam empangan ni..?


"..cepat la...orang dah kepanasan ni.." kata mamasyasya sambil tersenyum..

Mandi sungai for the first time...

Abahsyasya : Esok jom pegi mandi sungai!

Mamasyasya : Esok? Jommmmmmmmmmm....

Syasya : da da bu bu ta ta.. (apokonbondo "sungai" tu..?)



Tarikh : 18 Ogos 2007
Tempat : Sungai Tekala, Ulu Semenyih
Masa bertolak : 9.30 pagi


bekalan makanan..mee hoon goreng, ketam masak lemak, ikan masak cili api....

bayaran masuk RM 1.00 sorang....syasya free je..
berbaloi jugak kene bayar...bersih..selesa...


carik port yang best....pepagi orang tak ramai lagi..


berjalan cam orang besar je syasya ni...

dah tak sabar nak mandi..terkejut tengok air banyak...

apa-apa hal..posing dulu..

syasya : ee..aye..anyak...( ee..air..banyak..)

ge ge ge ge.....kesejukan

syasya : da da da da bu bu..(lapa..nak susu..sejuk..lapa..susu..)

syasya : .........(........)

gambar kenangan sebelum balik...(macam la jauh sgt Sungai Tekala ni..15 minit je dari umah..)


Sunday, August 5, 2007

3 se-purple...

sempena majlis kahwin sepupu abahsyasya (bad) yang berkonsepkan warna purple, mamasyasya belikan syasya dan abahsyasya baju kaler purple....syasya siap dapat kasut ala-ala cinderella kaler purple jugak...mamasyasya lak pakai baju lama yang telah "dikuruskan"...dulu baju tu besar..ces! dah kurus la konon...

4 generasi...

syasya, mamasyasya, neneksyasyasya, neknyangsyasya

..dah lama abahsyasya plan nak amik gambar macam ni...last2 dapat jugak...tapi yang ni family sebelah abahsyasya...lepas ni nak amik gambar family sebelah mamasyasya lak...

Thursday, August 2, 2007

...it will be the first of many...

"I hope it will be the first of many goals," Thierry Henry said after made a goalscoring start on his Barcelona debut..

Kata abahsyasya...."it (The Emirates Cup) will be the first of many cups..."

yang ni no. 2....more to comes....

Sepupu Altantuya?

Gambar Hiasan (sepupu abahsyasya..hehe)

Sepupu Altantuya Terkejut Laporan Polis Bercanggah

SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) -- Namiraa Gerelmaa, sepupu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau terkejut dengan beberapa percanggahan pernyataan dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung kehilangan Altantuya di negara ini pada Oktober tahun lepas.Ketika disoal balas oleh Kamarul Hisham Kamarudin, peguam bela Kpl Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua dalam kes perbicaraan pembunuhan Altantuya, saksi itu berkata beberapa maklumat, termasuk bahawa penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda adalah suami Altantuya, tidak pernah diberikan olehnya.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP