Saturday, August 18, 2007

Bergambar di Semenyih Dam

Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah. Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Ponsun, Hulu Langat.
Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai, cuma penduduk orang Asli Temuan sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan oleh air masih ada sehingga sekarang ini.
Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar. Menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.
Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.
Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang.
Pelbagai jenis ikan terdapat di empangan ini. Jabatan Pertanian dan perikanan ada melepaskan beberapa spesis ikan yang sesuai dipelihara di kawasan empangan. Ikan-ikan ini merupakan petunjuk kepada kuali air. Contohnya, sekiranya ikan mati, kemungkinan terdapat pencemaran kepada bekalan air, dan langkah-langkah keselamatan bagi menguji bekalan air perlu diambil. Projek menternak ikan juga dijalan.
Ada peringkat awal, ramai penduduk Semenyih mengambil kesempatan memancing di kawasan empangan kerana jalan raya terletak bersembelahannya. Tetapi sejak tahun 2000, papan tanda larangan memancing telah dipasang.

-Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
agak-agak..ade "monster" tak kat dalam empangan ni..?


"..cepat la...orang dah kepanasan ni.." kata mamasyasya sambil tersenyum..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP