Sunday, January 27, 2008
Wednesday, January 23, 2008
Zoo Negara
Cadangan aktiviti jalan2 hari ni
- Zoo Negara
- Putrajaya (amik gambar kat tasik, shopping kat Alamanda..)
- Midvaley (mamasyasya ngidam mi udang kat food court...)
- The Curve, Ikea (pegi menghabihkan duit...)
abahsyasya : Nak pegi mana satu nih? Zoo jalan tak jem ke? kan ke Thaipusam..MRR2 mesti banyak kete?
mamasyasya : Ntahla..kitorang ikut je....
syasya : ikan kekek oi! ikan kekek oi!..
agaknya Rimau tu sume makan lamb chop kot..pasal tu tiket mahal
....pastu parking kene bayar lagi RM 4.00...
pengarangnya ialah abahgirls at 10:14 PM 0 comments
Monday, January 21, 2008
Aktiviti Semalam (sambungan..)
7.40 pm - Amik syasya & mamasyasya, then terus gi KPMC...amik gas lagi...esok kene pegi lagi, pagi sekali, malam sekali...
9.00 pm - Pegi beli sate Kajang, saje blanje org Semonyeh....
9.30 pm - Sampai je...makan2 then lepak2 sambil layan gelagat syasya dengan sepupu & pakcik makciknya...
11.00 pm - Balik rumah...syasya tak pueh2 lagi main...bila la nak tido tu..
pengarangnya ialah abahgirls at 10:18 AM 0 comments
Sunday, January 20, 2008
Aktiviti Hari Ini
12.00 p.m - Doktor acik (doktor tu gelarkan diri dia acik kat syasya) kata syasya kene amik gas...then kalau syasya tak baik jugak sampai hari selasa ni...bungkus kain baju, datang balik kat situ...
1.00 pm - Pi pekan Kajang, abahsyasya ngidam McD...lama tak makan..mamasyasya yang konon2 kenyang...terorder pulak Prosperity Burger...
2.00 pm - Singgah kat Proton Edar, Bandar Teknologi...tengok Proton Saga baru....
2.30 pm - Balik Beranang jap, amik surat2 ..neneksyasya bawak balik surat2 abahsyasya yang belambak kat Cheras..sume surat mintak bayar duit, takde plak surat yang nak bagi duit..isk!
3.30 pm - Pegi kg Semonyeh pulak...atuk Klang & nenek Klang syasya ada kat situ...
4.00 pm - Abahsyasya balik ZZZZZZZZzzzzzzz....tinggalkan syasya & mamasyasya kat sana....tetiba dapek SMS, Tokcik syasya ajak minum petang...cam maleh je nak pegi..heheh..
to be continue....
pengarangnya ialah abahgirls at 5:22 PM 0 comments
Saturday, January 12, 2008
Look-alike Meter
MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celebrity - Collage - Morph
pengarangnya ialah abahgirls at 5:16 PM 0 comments
Friday, January 11, 2008
Henry harap kembali ke Arsenal
ROME – Thierry Henry mahu kembali ke kelab lamanya, Arsenal pada masa akan datang, kata penyerang Barcelona itu semalam. “Tidak kira apa yang terjadi dengan pasukan baru saya sekarang, saya tidak menemui rentak seperti mana di Arsenal,’’ Henry memberitahu televisyen Sky.
“Selain itu, saya tidak fikir ‘kaki’ saya membenarkan saya bermain untuk kelab lain.
“Anda selalunya akan kembali ke tempat asal anda dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat bermain semula dengan kelab itu (Arsenal). Kelab ini sudah sebati dengan saya,’’ kata penyerang berusia 30 tahun itu sambil menambah dia mengikut perkembangan Arsenal sejak berhijrah ke Sepanyol.
“Saya bangga kerana pernah bermain untuk Arsenal dan menjadi peminat dan penyokongnya.’’ tambahnya.
“Sebelum ini saya tidak berminat terhadap mana-mana kelab tetapi selepas menjadi penyokong Arsenal, sukar bagi saya jika tidak melihat aksi mereka.”
Henry juga berkata, dia meninggalkan Juventus kerana menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu pada tahun 1999 kerana kerana berselisih faham dengan bekas pengurus besar kelab itu, Luciano Moggi.
“Sesuatu telah terjadi dengan Moggi dan saya tidak mahu memberitahu hal itu secara terperinci,’’ katanya.
‘‘Saya mungkin terus bermain di Juventus tetapi kerana kurang dihormati, saya memberitahu saya tidak mahu lagi bermain lalu meninggalkan kelab itu.
Moggi digantung dari sukan bola sepak Itali selama lima tahun kerana terlibat dalam skandal menetapkan keputusan perlawanan yang menyebabkan Juventus diturunkan ke divisyen dua musim lalu.
– Reuters
pengarangnya ialah abahgirls at 10:55 AM 0 comments