Friday, January 11, 2008

Henry harap kembali ke Arsenal

ROME – Thierry Henry mahu kembali ke kelab lamanya, Arsenal pada masa akan datang, kata penyerang Barcelona itu semalam. “Tidak kira apa yang terjadi dengan pasukan baru saya sekarang, saya tidak menemui rentak seperti mana di Arsenal,’’ Henry memberitahu televisyen Sky.

“Selain itu, saya tidak fikir ‘kaki’ saya membenarkan saya bermain untuk kelab lain.

“Anda selalunya akan kembali ke tempat asal anda dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat bermain semula dengan kelab itu (Arsenal). Kelab ini sudah sebati dengan saya,’’ kata penyerang berusia 30 tahun itu sambil menambah dia mengikut perkembangan Arsenal sejak berhijrah ke Sepanyol.

“Saya bangga kerana pernah bermain untuk Arsenal dan menjadi peminat dan penyokongnya.’’ tambahnya.

“Sebelum ini saya tidak berminat terhadap mana-mana kelab tetapi selepas menjadi penyokong Arsenal, sukar bagi saya jika tidak melihat aksi mereka.”

Henry juga berkata, dia meninggalkan Juventus kerana menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu pada tahun 1999 kerana kerana berselisih faham dengan bekas pengurus besar kelab itu, Luciano Moggi.

“Sesuatu telah terjadi dengan Moggi dan saya tidak mahu memberitahu hal itu secara terperinci,’’ katanya.

‘‘Saya mungkin terus bermain di Juventus tetapi kerana kurang dihormati, saya memberitahu saya tidak mahu lagi bermain lalu meninggalkan kelab itu.

Moggi digantung dari sukan bola sepak Itali selama lima tahun kerana terlibat dalam skandal menetapkan keputusan perlawanan yang menyebabkan Juventus diturunkan ke divisyen dua musim lalu.

– Reuters

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP