Tuesday, July 28, 2009

Aktiviti Sepanjang Julai 2009

Cepatnya masa berlalu..dah nak masuk bulan Ogos..
dah nak pose..lepas tu raya plak..
mari sama-sama kita lihat apa aktiviti yang dilakukan sepanjang bulan 7...

4 Julai 2009 - pi klinik, skodeng baby...


5 julai 2009 - balik Beranang, makan buah-buahan tempatan..


7 Julai 2009 - pi The Mines, beli crocs mamasyasya...beli donut..makan McD..jenjalan


8 Julai 2009 - pekena Satay Kajang...


12 Julai 2009 - pi Jusco Balakong, tengok Ice Age 2...pi Alamanda..jenjalan..makan-makan..


22 Julai 2009
- dinner kat Restoren Po' Sen, Kajang


24 Julai 2009 - makan steam boat kat Jusco Balakong..jalan-jalan..


25 - 26 Julai 2009 - balik Port Klang, makan-makan...jalan2 kat Jusco Bkt Tinggi


Sekiannn...(nada macam ending Word World channel 613..)










Friday, July 24, 2009

Gitar

Asal pegi shopping...lalu kat tempat toys, syasya mintak gitar..gitar?
bila masa plak dia kenal gitar ni??

last2 belikan la jugak..(abah ke mama yg beli..lupa plak?)


"..rama-rama terbang merata, hisap madu di pokok bunga,
sungguh cantik dipandang mata, tapi sayang hidup tak lama.."

Monday, July 20, 2009

Transformasi Lagi

dulu-dulu..

2 Feb 2008 ( 1 tahun 8 bulan)

20 Julai 2009 ( 3 tahun 2 bulan )


Wednesday, July 15, 2009

Terpengaruh baca blog orang...

Di suatu pagi...
mamasyasya di opis, abahsyasya di rumah...


..1 jam selepas itu....hehe..

Monday, July 13, 2009

Laporan Aktiviti Hujung Minggu 12/07/2009

Lokasi :
Jusco Cheras Selatan, Alamanda

Masa :
10.00 pagi - 5.00 petang

Peserta :
1) abahsyasya
2) mamasyasya
3) syasya

Aktiviti-aktiviti

1) Karaoke (Green Box) Tengok wayang cite Ice Age 3 ( 10.30 a.m - 12.30 p.m )

2) Window shopping kat Jusco ( 12.30 p.m - 1.00 pm )

3) Main game kat Jusco ( 1.00 pm - 2.00 p.m )

4) Karaoke (Metropoint) Perjalanan ke Alamanda ( 2.30 p.m - 3.00 pm )

5) Karaoke (Alamanda) Jalan2 & makan2 kat Alamanda ( 3.00 p.m - 4.00 p.m )

5) Main kat Funland, Alamanda ( 4.00 p.m - 5.00 pm )


Lampiran

singgah kat The Body Shop beli bedak

sarapan kat KFC..mamasyasya kecewa..
chikeroni tu tak sehebat yang disangkakan..mmg betul pun!

couple seat...paling last duduk couple seat kat
panggung City Square, JB 7-8 tahun yang lalu..

mamasyasya membeli popcorn,
syasya tak menyempat nak makan..

syasya 2nd time tengok wayang,
1st time dulu tengok cite Geng kat Penang

main game kat Jusco..
time kasih syasya, sebab cover perut abah..

lunch kat food court, Alamanda..mamasyasya makan yong tau fu sup,
abahsyasya makan Popiya Crispy..tak best la..
sedap lagi nenekatun syasya punya popiya...

beli cookies sedap...
sesedap cookies yang mamasyasya buat..hehe...hampir2 la

syasya bersuka-ria sambil makan cookies..
mamasyasya & abahsyasya lepak2 sambil meneka-neka pemilik
2 pasang crocs Dora original kat rak tu (xde dlm gambar)...huhu

kepenatan...
puting & kain masih menjadi pujaan hatiku...

Disediakan oleh :

abahsyasya (yang frust..)
Itukah dia,
kekasih yang pernah berjanji memberi cinta,
untukmu sepenuh hati...

Thursday, July 9, 2009

Teacher Ida dah berhenti! Yeaa!!!!

Isnin, 6/07/09..abahsyasya menerima SMS drpd mamasyasya....


memang rutin harian, abahsyasya hantar, mamasyasya jemput..tapi hari ni abahsyasya yg jemput syasya...

Semenjak dua menjak ni, syasya tak berapa gembira gi taska..
hantar je nangis tak nak pegi...

Setelah disiasat, rupa-rupanya ada sorang teacher yang garang...
syasya ngadu kene marah dengan teacher tu...
mamasyasya pun cakap teacher tu moody skit...

Tetiba hari tu...

abahsyasya : Teacher Ida marah syasya lagi ke?
syasya : Teacher Ida dah takde...dia dah berenti...
abahsyasya : sape cakap?
syasya : Teacher Ros cakap....
abahsyasya : syasya suke ke?
syasya : suka...

Esoknya...
syasya : taknak pegi taska! taknak pegi taska!

nampaknya syasya blom betul-betul percaya yang Teacher Idanya dah berhenti kerja..

Wednesday, July 8, 2009

Mamasyasya dah pandai pump tayar kereta


Tahniah diucapkan..walaupun sudah selepas bertahun-tahun bawak kereta...
lepas ni buat sendiri ye, takyah suruh abahsyasya lagi..

so, bila nak blaja tukar tayar kete plak?

Misi Pencarian Crocs Murah Berakhir di Mines


akan ke situ lagi untuk mendapatkan samada yang ini..

professional

atau yang ini....
off road

dengan hanya perlu membayar 50% daripada harga asalnya..
memang berbaloi-baloi!


Sunday, July 5, 2009

Durian Kecik

Hujung minggu ni, aktiviti makan buah-buahan tempatan..

Dah 2 kali terlepas peluang nak makan durian TokLang syasya..
minggu 1 : pergi piknik kat Kemensah
minggu 2 : balik Klang

So, minggu ni mmg dah plan nak balik Beranang..
tiap2 tahun, kalau musim durian,sanak-saudara abahsyasya mesti serbu rumah TokLang syasya makan durian..

Tapi agak malang, hari tu tak banyak yang gugur...dapat la 4-5 bijik...
Selain durian, macam2 buah2an tempatan yang ada..dukung, manggis, rambutan dan "durian kecik"...

ni lah dia "durian kecik"
sebenarnya buah pulasan, tapi syasya yg cakap durian kecik..hehe

Kene tukar tajuk blog selepas bulan November....


Apa ye tajuk yang sesuai...?

1) macam abah dan anak2?

2) abah hensem dan anak2nya?

3) abah and the girls?

4) 2 girls and their macho dad?

5) syasya,xxxxx dan abahnya?


takpe....banyak masa lagi nak pikir...

eh!...nama "abahsyasya" pun kene tukar la pulak....

alamak!! abahsyasya.blogspot.com pun dah tak ble pakai ni...

tetiba panik!

Thursday, July 2, 2009

Ketam Goreng

Alamak, sabun cuci pinggan dah abis..
malas tul nak pi kedai semata-mata beli sabun je..
Nak tak nak kene pegi jugak...

mamasyasya : belikan sayur skit...
abahsyasya : tu, sayur ada lagi...
mamasyasya : dah beku, termasuk dalam freezer, tak prasan sekali dengan plastik ikan yang mak kasi..
abahsyasya : nak ketam?
mamasyasya : nak!
abahsyasya : reti ke nak siang?
mamasyasya : tengok la cemana..

So, dengan malasnya..abahsyasya pegi la kedai...malas sebab nak kene pakai seluar panjang, kene pakai baju, kene sikat rambut, bukak gate, tutup gate, keluarkan kete.....

sebelum ni guna jenis gel...tak tahan lama..

sedapnya kailan ikan masin....

antara sayur feberet abahsyasya selain brokoli, kailan, asparagus..
aik?? beli sayur faberet sendiri je ke?
hehe..sape suruh mamasyasya tak spesifikkan sayur apa nak beli..

cili api kampung...cili api bandar cane plak ghoman eh? cam sama je...

2 ekor ketam...saje beli 2 ekor sebab mamasyasya cam tak
konfiden je tau cara nak siang ketam..

Di antara lauk pauk utk dinner malam itu...

cencaru masak pedas..

semestinya..ketam goreng..kelihatan dibawah himpunan ketam tu..
ada sekor ikan goreng utk syasya

kailan goreng..(ikan masinnya takde...bole la..)

dan utk syasya..cam biasa..nasi + telur + kicap + bonus Vitagen!
eh..ada keropok skit kat situ..ni je yg syasya selera nak makan..
ikan goreng pun dia taknak..alahai syasya...

Wednesday, July 1, 2009

Syasya yang banyak songel

Cerita 1

syasya : abah nak air sirap...

abahsyasya pun tuang kordial sirap dalam gelas pink syasya, lepas tu nak tambah air...

syasya : taknak tuang air banyak2..nanti rasa air putih!

sirap kegemaran keluarga..F&N Rose

Cerita 2
Lokasi : Bilik atas
Masa : 1 pagi

syasya : abah, nak susu..
abahsyasya : banyak ke sikit?
syasya : sikit...
abahsyasya : sedap ke tak sedap?
syasya : sedap..
abahsyasya : sape buat susu sedap? abah ke mama?
syasya : abah..(eleh..kalau suruh mama yg buat, dia kata mama buat sedap...)

abahsyasya pun buat le susu...alamak susu dah nak abis (kat dapur banyak lagi, malas nak turun)...so abahsyasya buat je setakat yg ada...susu cair skit..

syasya : abah, tak sedap!!!!

dah agak dah.....

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP