Durian Kecik
Hujung minggu ni, aktiviti makan buah-buahan tempatan..
Dah 2 kali terlepas peluang nak makan durian TokLang syasya..
minggu 1 : pergi piknik kat Kemensah
minggu 2 : balik Klang
So, minggu ni mmg dah plan nak balik Beranang..
tiap2 tahun, kalau musim durian,sanak-saudara abahsyasya mesti serbu rumah TokLang syasya makan durian..
Tapi agak malang, hari tu tak banyak yang gugur...dapat la 4-5 bijik...
Selain durian, macam2 buah2an tempatan yang ada..dukung, manggis, rambutan dan "durian kecik"...
sebenarnya buah pulasan, tapi syasya yg cakap durian kecik..hehe
0 comments:
Post a Comment