Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Sahur : Mee Tom Yam Special + Kurma + Teh Panas
Sabtu, 7 Ramadan 5.15 a.m
mamasyasya : abah, bangun! sahur..
abahsyasya : masak ape?
mamasyasya :...(senyap)
abahsyasya : apsal takde bau apa2 ni (cakap dalam hati..)
Setelah tiba di dapur..
abahsyasya : ooo...
pengarangnya ialah abahgirls at 8:41 AM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Nasi Ayam Mamasyasya
Nasi ayam mamasyasya memang diperakui sedap....
tapi ada kelainan skit kali ni..abahsyasya mencadangkan ayam tu dibakar dalam oven...
Hasilnya memang menakjubkan..sedap!....jimat minyak (sebab kalau goreng, minyak tu dah tak bleh pakai), yang penting satu rumah tak bau ayam..hehe..kene buat sesuatu dengan hud tu..tak berfungsi sangat...
Hari yang sama jugak, abahsyasya merequest Tom Yam kaki ayam...abahsyasya, mamasyasya & syasya suka kaki ayam..eh..rasanya family abahsyasya & mamasyasya mmg makan kaki ayam...(ada org yg tak makan? rugi oooo...)
sedang syok mamasyasya masak (syok ke?), tetiba gas abisss...takleh la makan Tom Yam tu untuk berbuka...sebaik tak goreng ayam tadi..silap2 makan nasi ayam tanpa ayam..ada hikmah guna oven tu rupanya....
sekiannnnn...
pengarangnya ialah abahgirls at 11:25 AM 0 comments
Labels: makan-makan
Tokmatsyasya & laptop penuh virus
Abahsyasya baru je lepas beli topup utk utk celcom broadband..
sambil2 tu usha jugak broadband pospaid..
awek celcom tu kata tengah ada promosi sekarang RM299 + free modem + free 1 bulan + no contract..wah mcm menarik...
Tengahari tu, Tokmatsyasya call..tanya pasal broadband mana yang best..abahsyasya terus cadangkan amik pakej RM299 tu (monthly RM68)
Esoknya pulak, Tokmatsyasya datang rumah mintak tolong abahsyasya setting...cam biasa, bab2 komputer ni, abahsyasya mmg menjadi sumber rujukan Tokmatsyasya sejak dulu..padahal xde la terer pun..
last2 Tokamatsyasya suruh format je..malam karang dia amik...
maka, satu hari suntuk abahsyasya mengerjakan laptop tu sebab laptop tu slow gile...
lepas format C:, abahsyasya terrrbukak plak drive D: (fail2 lama simpan situ)..terus kene virus balik...nak download anti-virus punya la lambat...last2 kene format lagi, install balik semua benda..2.00 pagi baru siap...mencabar sungguh!
pengarangnya ialah abahgirls at 10:53 AM 0 comments
09/10 Away Jersey
Abahsyasya mendapat SMS daripada sorang member..
Asmadi : Baju dah ada..
abahsyasya : ko kat mana?
Asmadi : rumah la..
abahsyasya : ok esok aku amik.
Asmadi : k..
pengarangnya ialah abahgirls at 12:52 AM 1 comments
Labels: Arsenal
Wednesday, August 26, 2009
Boring pulak...
Hari ni abahsyasya hantar syasya ke taska..
alasan nak buat keje skit, taknak syasya kacau..
tapi, rasa cam malas lak nak buat keje..esok je lah..cuti masih panjang..
tetiba boring sensorang kat umah..kalau syasya ade, boleh gak borak2..
ok nak pegi amik syasya...
pengarangnya ialah abahgirls at 3:00 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Berendam
Dah 2 hari syasya tak gi taska sebab abahsyasya cuti..
Semalam tengahari syasya tido, so takde la dia mengacau abahsyasya..dapat la abahsyasya tengok siaran ulangan bola..kalau tak, asyik katun je..
Hari ni nampak gayanya takde la tu dia nak tido..takbleh la abahsyasya nak buat keje lain, asyik nak melayan dia je...
tetiba dapat satu idea....
pengarangnya ialah abahgirls at 12:41 PM 1 comments
Wednesday, August 19, 2009
Ok dah boring...
record 3 minit (world record bawah 10 saat!)
Easiest 3x3 Rubik's Cube Tutorial You Will Find - The best home videos are here
pengarangnya ialah abahgirls at 10:54 PM 1 comments
Wednesday, August 12, 2009
Ketagihan Kiub Rubik
Musim budak2 gila kiub rubik melanda...
Mamandangkan undang2 di tempat kerja abahsyasya melarang semua client membawa alat2 permainan dan seumpanya, maka banyak la kiub2 rubik ni dirampas...
Sepanjang pengalaman bermain rubik's cube ni, abahsyasya cuma mampu solve 1 side je...
Oleh kerana hari2 nampak menda tu kat tempat kerja, abahsyasya dengan sorang rakan sekerja dah menjadi gila rubik's cube! Siap carik formula/tips kat internet..
hasilnya.....
abahsyasya : kan aku dah salin ko punya smalam..
MrRoslan : alamak..hilang la..aku tak dapat completekan "yellow cross" ni...
abahsyasya : ade ni..kat atas meja ko...
MrRoslan : tolong MMS kat aku sekarang..
abahsyasya : orait!
pengarangnya ialah abahgirls at 9:04 PM 4 comments
Sunday, August 9, 2009
Nenek, Atuk dan Pakcik datang rumah
Sabtu hari tu...
mamasyasya : Mak, abah nak datang..Jeseri nak blanja makan..
abahsyasya : kat mana nak makan?
mamasyasya : Jeseri kata kat mana2 pun ok..
So, petang tu mereka pun sampai..
wahhh..Ming-ming!
tima kasih pakcik...sayang pakcik...ai le u pakcik..
Dan malam tu pegi 2 kereta, menuju ke Cerana Ikan Bakar, Cheras...
abahsyasya : Alamak! banyaknya kete nak pegi KL..
mamasyasya : haah la..mesti jem..parking mesti susah..malam minggu plak lagi..
abahsyasya : tepon Jeseri kat blakang tu, tukar plan..kita makan kat Po' Sen je la..
Maka mlm tu dinner kat Po' Sen, Kajang..
pakciksyasya : Abg Zeri la..
kah..kah..kah..takkan nak cakap tak sedap plak kan.....sekiannnn....
pengarangnya ialah abahgirls at 8:53 PM 1 comments
Layang-layang lagi
Setelah layang-layang pertama syasya berjaya diterbangkan hari tu, abahsyasya tetiba menjadi minat terhadap layang2..
rasa best plak main setelah kali terakhir main layang2 berbelas tahun dahulu..
Itu hari, semasa bershoping tingkap di Jusco Maluri, mamasyasya terperasan, ada layang2 dijual kat area toys tu..
walaupun syasya tak heran langsung layang2 tu,tapi abahsyasya beli satu..
alasan, nak main layang2 bersama syasya...
Best plak layang2 zaman sekarang ni, macam2 bentuk..bentuk rama2, burung, ikan dan macam2 lagi..dulu masa kecik2 bentuk empat segi je...
best lagi layang2 yang lama tu..
pengarangnya ialah abahgirls at 8:28 PM 0 comments
Labels: bersuka-ria
syasya dengan gaya semasa tidur yang tersendiri
Dari kecik syasya tido gaya tangan terpele'ot camni..
tapi gambar plak tak ambik..
eh! ade ke gambar syasya masa baby tido camni mamasyasya?
kelihatan kat belakang syasya,minyak telon baru menggantikan
yang dipecahkan hari tu
pengarangnya ialah abahgirls at 7:53 PM 0 comments
Labels: syasya
Kedai U-Turn
Suatu hari, abahsyasya sedang membuat U-Turn di hadapan sebuah kedai cuci kereta di Kajang...
Bukan sengaja nak buat U-Turn di situ, tetapi di situlah tempat yang paling dekat dan senang membuat U-Turn untuk ke arah jalan yang bertentangan...
Tiba-tiba abahsyasya ternampak papan tanda di kedai tersebut, lalu abahsyasya berkata di dalam hati..." Apa daaa letak nama kedai camtu..takde idea lain ke..?"
Sesudah selesai membuat U-Turn...barulah abahsyasya tersedar.."Ohhh! patut la.."
pengarangnya ialah abahgirls at 7:36 PM 0 comments
Labels: abahsyasya
Monday, August 3, 2009
Lunch, Dinner kat Luar
abahsyasya : Rajin ke malas nak masak hari ni?
mamasyasya : Malas...
abahsyasya : Jom makan kat kedai kedah
mamasyasya : Jommmmmmmmmmmmmm
syasya : syasya taknak makan nasik, nak gula2..
Kedai kedah...sebenarnya tak tau nama kedai ni...
tapi sebab tokeynya orang kedah, so panggil kedai kedah je la..
Terletak di Taman Sungai Jelok, di satu selekoh menghala ke Penjara Kajang...
lauk-pauknya memang memenuhi citarasa abahsyasya mahupun mamasyaya...
Lauk paling top, ayam kampung goreng rempah & ikan bakaq..kuah ikan bakar kedai ni memang terbaik dari ladang! Ada 5 jenis kuah!
Nasi Ayam kat kedai ni pun best jugak..pasni mamasyasya nak try laksa dia plak...
abahsyasya - nasik, ikan kembung bakar, sayur togeh,
tempe goreng rempah, ais kosong
mamasyasya - nasik, ayam kampung goreng rempah,
kuah kurma (sayur dah abis..), teh-o ais
syasya - makan nasik mama dengan kuah sup nasik ayam,
lai chi kang suam
Harga : RM 14
Sehari sebelum itu, masa on the way balik dari Plaza Metro Kajang, lalu depan Restoran Hj Samuri..
abahsyasya : Syasya, ni tempat ape?
syasya : Satay!!
mamasyasya : hmmm...satay....
Maka, malam tu....
abahsyasya : Nak makan satay ke..?
mamasyasya : Haah! Jom siap...
syasya : Yea! Nak nasik impit! Nak nasik impit!
satay ayam 10 cucuk, daging 10 cucuk,nasi himpit sepinggan, ketupat 3 ketul,
laici suam, fresh oren, ais kosong (tak sampai2)...
Harga : RM 19.10
uik? tak kenyang lagi ke? Petanda nak gemuk tu..
welcome to the club..hehe
pengarangnya ialah abahgirls at 3:51 AM 1 comments
Labels: makan-makan
Lipat Kain
Hai kawan2...
hari ini saya, syasya akan menunjukkan cara melipat baju dan seluar..
Mula-mula, kawan2 perlu bentangkan seluar cam ni ha...
Pastu, lipat dua.....dan lipat lagi sampai jadi kecik..
Dah siap, letak tepi dulu...amik baju pulak..
Lipat dua baju tu...pastu lipat dan lipat lagi..
Tadaaaaaaaaaa..dah siap!
selamat mencuba....
pengarangnya ialah abahgirls at 3:27 AM 0 comments
Labels: syasya
Saturday, August 1, 2009
Layan Layang2 di Waktu Petang
Dah seminggu dah beli layang2 syasya ni, tapi tak berkesempatan nak main...
maklumlah, balik keje dah maghrib..bila masanya nak main...
maka, hari ni abahsyasya dah stanby simpan layang2 tu dalam bonet kete..
lepas balik dari membeli-belah..layang2 pun diterbangkan..
cuaca pun best..berangin...
pengarangnya ialah abahgirls at 9:31 PM 0 comments
Tergoda dan Terpesona
komfem beli! kasut raya abahsyasya tahun ni..
kasut raya merangkap kasut keje..
mamasyasya plak nak yang ni..menambah koleksi yang ada..
kalau ikut syasya..dia nak yang ada Dora..
tapi mamasyasya berkenan yang ini untuk syasya
utk raya thn depan..hehe
pengarangnya ialah abahgirls at 9:13 PM 1 comments
Membelanja Keluarga Makan Nandos
mamasyasya tetiba mengidam Nandos...
sebaik tak mengidam rojak Singapore kat food court Kotaraya, JB....atau..
Satay Labis, Taman U, Skudai...hehe
wah! lama jugak abahsyasya tak makan...rasanya paling last makan tahun 2002? 2003?..
masa tu blom kawin lagi..masih kerja bancuh simen kat site dengan mamat2 indon..
rasanya masa tu makan bersama mamasyasya dengan sorang member opis dia kat Jusco Maluri..lupa plak sape kawan dia tu...
Contoh ayat:
..aku tak bleh la dengan mamat tu...
maksudnya : aku tak suka/tak ngam mamat tu..
Sumber : Client2 kat tempat kerja..
pengarangnya ialah abahgirls at 8:33 PM 0 comments
Labels: makan-makan