Thursday, November 19, 2009

13 Julai 2007 - 18 November 2009

abahsyasya.blogspot.com (macam syasya dengan abahnya) telah dihentikan operasinya oleh kerana beberapa faktor:

a. abahsyasya bukan lagi hanya abah kepada syasya sorang..
b. nanti adik jeles...
c. semua di atas

oleh kerana blog abahsyasya telah ditutup, maka blog baru telah diwujudkan menggantikan yang lama..

sehubungan dengan itu, abahsyasya abahgirls telah mencadangkan kepada diri sendiri beberapa tajuk yang sesuai untuk blog yang baru tersebut, diantaranya :

a. macam abah dengan anak-anaknya
b. the girls and their macho dad
c. Three Girls, a Guy and The Emirates Stadium

akhirnya, Abah and the Girls telah dipilih...dengan masih mengekalkan konsep yang lama bertemakan " masih blog syok sendiri.."

abahsyasya.blogspot.com
13 Julai 2007 - 18 November 2009


Wednesday, November 18, 2009

Gile Kuaci ChaCheer

Dulu abahsyasya tak suka langsung kuaci ChaCheer ni...neneksyasya (nenek atun) memang suka sangat kuaci ni semenjak abahsyasya skolah lagi...

tapi setelah cuba-cuba try makan kuaci ni hari tu macam ketagih plak..

ada macam2 perisa rupanya kuaci ni...ingatkan yang kaler merah (wangi) tu je...rupanya ada kaler hijau (kelapa) dan kaler oren (masin dan wangi)...

3 jenis tu je yang penah nampak kat pasaran..maybe ada perisa lain lagi kot


koleksi kuaci ChaCheer ada di pasaran


setelah mentry ketiga-tiga perisa tadi..kaler hijau menjadi kegemaran...
memang ada bau2 kelapa (macam kerisik) dan rasanya lebih lemak...

my feberet!

paling xbest kaler oren...

kureng skit la rasa dia..

setakat ni, kuaci jenama ChaCheer menjadi pilihan sebab tak berdebu, packaging menarik, bersih, ada logo halal, banyak pilihan...tapi mahal skit..

waktu paling best makan kuaci tentulah time tengok TV...
rasanya dulu masa muda2 penah makan kuaci dalam panggung wayang...
kira merasa jugak la zaman boleh makan kuaci kat panggung..



Tuesday, November 17, 2009

Tempahan membuat penutup Manhole

Suatu hari, bos kat tempat keje panggil abahsyasya....
alamak, saspen nih..pesal plak ni?
sebab abahsyasya kasi "backhand" kat client hari tu ke??

bos : I nak cakap dengan U skit ni..
abahsyasya : pasal ape Puan?
bos : I nak mintak tolong skit...hari tu U ada buat penutup Manhole kat tepi padang tu kan?
abahsyasya : Haah, kenapa Puan?
bos : Kat rumah I, penutup besi tu dah kene curi...U bole tolong buatkan satu guna simen?
abahsyasya : ooo...bole..bole..
bos : nanti I bayar la berapa pun..

buat saspen je...ingatkan pasal ape...
maka, abahsyasya dan sorang kawan memulakan operasi...

acuan diperbuat daripada meja dan kerusi yang dah
dijahanamkan oleh client2 yang nakal

kerja-kerja membancuh simen

beberapa hari lepas tu...

bos : dah siap ke?
abahsyasya : dah, tapi camana nak angkat tu..berat..
bos : U tolong hantar kat rumah I boleh?
abahsyasya : bole..bole
bos : OK, so berapa kos?
abahsyasya : RM 30 je...
bos : Nah! ambik la RM50..

Selepas selesai kerja..

abahsyasya : settle! duit banyak ni...McD?
member : Jommmmmm!!

abahsyasya dan member pekena McD sambil mata liar memerhatikan keadaan sekeling..(kantoi plak karang, makan McD time keje!)
...takpe..nanti bos bole cover....hehe


Friday, November 13, 2009

Kembali Senyum

semenjak teacher Ida berhenti, syasya dah gembira utk ke taska..
nampak sangat syasya memang tak suke (ke takut?) dengan teacher Ida tu..
semalam last day syasya pegi taska...
mamasyasya pun dah start cuti..dah tak larat pegi keje..

syasya akan bercuti sampai mama abis pantang..
bye Lilo, bye Iskandar, bye Aisyah, bye teacher Ros, bye teacher Along,
bye semua...jumpa lagi 2 bulan..

syasya : din, din, din..aladin, naik moto takde lisen (lesen),
nak kawin takde cincin, siapa botak licin? ABAH!





Wednesday, November 11, 2009

McDonald's Coke Contour Glass

Paling last abahsyasya (dan mamasyasya jugak) membuat koleksi barang2 Mcdonald ialah pada tahun 2002 (zaman2 blaja@becinta..haha!)

MCDONALD'S MINI BEAN PALS TOY SESAME STREET-2002

gambar hiasan (sendiri punya masih ada, tapi dah berabuk
teruk sangat...kene pegi dry cleaning)

untuk mendapatkan semua toys ni, kene beli setiap hari selama 24 hari!
Satu hari satu toy baru..
tapi bila difikirkan balik, agak pelik...zaman2 blaja dulu ada duit plak nak makan McD hari2...

.....atau harga McD zaman dulu murah....tak mahal macam sekarang...


YANG NI KOLEKSI TERBAHARU.....

McDonald's Coke Contour Glass

dah ada 5...tinggal 2 lagi nak beli (lime green & sparkly clear)
sebenarnya ada 6....purple ada 2....nilah akibatnya kalau delivery..

lain yg diorder, lain yang dapat....
bak kata ajis bujang lapok "iye Din..yang diidam si cantik manis, sekali yang keluar si badak sumbu..."



Thursday, November 5, 2009

Iman Celur...terbaik dari ladang!

Dalam perjalanan nak ke birthday party anak member mamasyasya (dah sampai pun masa tu..)

abahsyasya : eh! adakah mama nampak apa yg abah nampak?
mamasyasya : yee...nampak dengan begitu jelas..
syasya : nampak ape? Mekdonel ke?

Apakah yang kami nampak?

Apakah yang menarik sangat benda yang kami nampak itu?

Mengapakah dah 2 kali dah kami pergi ke tempat yang kami nampak itu..walaupun hujan, pegi jugak?

Mengapakah kami dah taknak pegi ke tempat yang biasa kami pergi setelah kami pergi ke tempat yang kami nampak itu?

Kenapa tulisan ni warna-warni.....?




Ni lah yang dimaksudkan....

gambar ni dicopy daripada imancelur.blogspot.com

selama ni nampak cina je yang jual steambot kat lori camni....
penah jugak terfikir, kenapa la takde melayu (atau org Islam) yang buat bisnes camni..

abahsyasya & mamasyasya memang penggemar steambot..
dulu masa duduk kat Semenyih, sanggup pi KL semata2 nak makan steambot kat tepi Ampang Park tu...

tapi kini tidak perlu bersusah-payah lagi...dah jumpa steambot yang best!
memang betul2 best! ada banyak pilihan, harga berpatutan...kuah dia je ada 4 jenis....rasa sekali mesti nak lagi...Lokasi..dekat2 dgn McD Bandar Tun Hussein On, Cheras...

tapi ada kekurangan skit...dia tak jual air sirap...nak makan steambot kene ada air sirap, baru feel...hehe..

2nd time pegi siap tapau air sirap ais dari rumah..




Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP